Ekspedisi 1
Ekspedisi 1

Ekspedisi 1


L-R: Sergei K. Krikalev (Russia), William M. (Bill) Shepherd (Amerika Syarikat), dan Yuri Pavlovich Gidzenko (Russia)Ekspedisi 1 merupakan tinggal lama di Stesen Angkasa Antarabangsa yang pertama. Tiga anak kapal dalam ekpedisi ini tinggal di stesen tersebut selama 136 hari, dari November 2000 hingga Mac 2001. Ia adalah permulaan bagi kehadiran manusia tanpa gangguan di stesen tersebut yang masih berterusan, sehingga September 2013. Ekspedisi 2, yang juga terdiri daripada tiga anak kapal, menyusul selepas Ekspedisi 1.Permulaan rasmi bagi ekspedisi ini ialah apabila anak-anak kapal mendok stesen terbabit pada 2 November 2000, menaiki kapal angkasa Rusia Soyuz TM-31, yang dilancarkan dua hari sebelumnya.[2] Semasa misi mereka, anak-anak kapal Ekspedisi 1 mengaktifkan pelbagai sistem di stesen terbabit, mengeluarkan peralatan yang mereka bawa, dan menerima lawatan daripada tiga kapal angkasa beserta anak kapal dan dua kenderaan pembekal tanpa pemandu Progress milik Rusia. Anak-anak kapal sangat sibuk sepanjang misi yang diisytiharkan berjaya ini.[4]

Ekspedisi 1

Bermula 2 November 2000, 09:21:03 (2000-11-02UTC09:21:03Z) UTC[2]
Jenis misi Ekspedisi ISS
Berakhir 18 March 2001, 04:32:00 (2001-03-18UTC04:33Z) UTC[NASA 2]
Bilangan krew 3
Stesen Angkasa Lepas Stesen Angkasa Antarabangsa
Bertolak dari pangkalan STS-102[NASA 3]
Bolak-balik angkasa lepas Discovery
Jangka masa misi 136 hari 17 jam 9 minit (mencantum sehingga penutupan hac)[NASA 1]
140 hari 23 jam 38 minit (pelancaran sehingga mendarat)[1][NASA 1]
Tiba di pangkalan Soyuz TM-31[1][3]
Ahli-ahli William Shepherd
Sergei K. Krikalev
Yuri Gidzenko

Rujukan

WikiPedia: Ekspedisi 1 http://www.space.com/missionlaunches/missions/chai... http://www.space.com/missionlaunches/missions/exp1... http://www.spaceref.com/news/viewsr.html?pid=1391 http://science.ksc.nasa.gov/shuttle/missions/sts-1... http://science.ksc.nasa.gov/shuttle/missions/sts-1... http://spaceflight.nasa.gov/station/crew/exp1/inde... http://web.archive.org/web/20001207070000/http://w... http://web.archive.org/web/20010413133430/http://w... http://www.energia.ru/eng/iss/iss01/iss-crew01.htm...